Make your own free website on Tripod.com

SMK Keningau II

Home
Dasar Sekolah
Falsafah, Objektif & Matlamat Sekolah

smklove.jpg

bar013.gif

Sejarah Penubuhan SMK Keningau II


 

 

Sejarah Sekolah

 

SMK Keningau II, Keningau mula beroperasi pada 6hb januari 1997.  Pengambilan pertama adalah untuk Tingkatan Satu ( 12 buah kelas ) dan Tingkatan Empat ( 3 buah kelas ) dengan bilangan pelajar keseluruhannya lebih kurang 550 orang. Pelajar pengasas sekolah ini terdiri daripada para pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Keningau.  Mereka ditempatkan di sekolah ini kerana sekolah asal tidak dapat menampung mereka ekoran pertambahan pelajar yang di luar jangkaan.

 

Encik Sahumin Hj. Daud adalah Pengetua yang pertama di sekolah ini.  Beliau  dibantu oleh Puan Jaharah Jaafar sebagai Penolong Kanan dan Encik Sailin Sarabini sebagai Penolong Kanan HEM.  Mereka dibantu oleh dua orang staf sokongan dan 12 orang guru.

 

Pegawai-pegawai yang terlibat untuk merancang pembinaan sekolah ini termasuklah Pegawai Pendidikan Bahagian Encik Haji Mohd. Salleh B. Haji Abd. Wahab dan Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Ag. Hassan B. Ag. Amin.  Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah ditubuhkan pada 5hb Mei 1997.  Penaung  pertama persatuan ini ialah senator Datuk Hj. Sairin Hj. Karno dan pengerusi pertama persatuan disandang oleh Raymond Pudon.

 

Pada 16hb Mac 1998, Encil Joanes B. Onson telah dilantik sebagai Pengetua sekolah ini yang kedua. Manakala Puan Jemira Bte Ekong sebagai Penolong Kanan HEM menggantikan Encik Sailin B. Sarabini yang dilantik sebagai Kaunselor Pelajar.

 

Sekolah yang dibina di atas tapak seluas 25 ekar ini dan terletak berhampiran Kampung Luagan di dalam mukim Keningau kini mempunyai lebih kurang 1,800 orang pelajar termasuk kumpulan pertama pelajar-pelajar Tingkatan Enam Rendah yang pengambilannya bermula pada bulan Jun tahun 2005.

 

Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan merangkumi sebuah blok blok 2 tingkat Bangunan Pentadbiran ; 2 blok 3 tingkat Bilik darjah ; sebuah blok 4 tingkat Makmal Sains, Kemahiran Hidup, dan ERT ; sebuah bilik Pusat Sumber; sebuah bilik Pendidikan Muzik; sebuah bilik Pendidikan Seni Visual; sebuah blok makmal ICT, sebuah blok Teknologi Kejuruteraan, sebuah surau, sebuah blok 2 tingkat Bangunan Asrama lelaki dan perempuan dan 2 blok Flat Guru.

 

Dari segi kemudahan permainan, sekolah ini mempunyai padang bola sepak, sebuah gelanggang bola keranjang dan bola jarring.  Sekolah ini masih mempunyai ruang untuk membina gelanggang permainan lain seperti tennis, bola tamper dan sepak takraw termasuk sebuah Dewan Tertutup.

 

Dengan Motto “BUDAYA ILMU TERAS KECERMELANGAN” dan dengan izin Tuhan yang Maha Esa, sekolah ini akan menjadi Sekolah Contoh dan Penggerak Kecemerlangan dalam sedikit masa lagi.

 

next2.gif

email:
 
alamat
SMK Keningau II, Peti surat 1994, 89008 Keningau, Sabah
 
 

homepage.gif

dsc00994.jpg

created & designed by: anniepetrus2005

For advertisement or Link request in this web site

Untuk tujuan  pengiklanan atau Link melalui laman web ini

CLICK  HERE