Make your own free website on Tripod.com

SMK Keningau II

Falsafah, Objektif & Matlamat Sekolah
Home
Dasar Sekolah
Falsafah, Objektif & Matlamat Sekolah

smklove.jpg

bar013.gif

 

Falsafah Sekolah

 

Falsafah SMK Keningau II adalah selaras dengan berteraskan pada 65 kosa kata di dalam Falsafah Pendidikan Negara seperti berikut:

 

Pendidikan di Malaysia adalah sesuatu usaha yang berterusan kea rah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran Negara

 

bar013.gif

 

Objektif Sekolah

 

  1. Memperkembangkan potensi pelajar dari semua segi secara menyeluruh dan bersepadu

 

  1. Melahirkan pelajar yang beilmu canggih dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran alam dan masyarakat

 

  1. Melahirkan pelajar yang dapat menyumbangkan kepada kemajuan dan kesejahteraan diri supaya mereka dapat pula berfungsi secara berkesan dan produktif dalam proses keharmonian dan pembangunan negara

 

bar013.gif

 

Matlamat Sekolah

 

  1. SMK Keningau II akan berusaha dengan segala kemampuan untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

 

  1. Untuk meletakkan SMK Keningau II ke tahap kebanggaan dan kepercayaan di kalangan masyarakat setempat menerusi kejayaan-kejayaan cemerlang di dalam:

 

a.   Pencapaian akademik yang cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti

b.   Pencapaian cemerlang dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum

c.   Amalan disiplin diri yang baik

d.   Pembentukan moral.akhlak yang terpuji melalui kepercayaan  beragama

e.   Perkembangan dan pertimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani

f.   Kepimpinan pelajar yang baik

 

  1. Mengamalkan semangat taat setia, cinta dan saying kepada sekolah.

 

  1. Menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan golongan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab mencari kesejahteraan.

 

  1. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif, tenteram, aman, bersih, cantik dan selesa untuk perkembangan keperibadian yang baik

 

  1. Menggalakkan perkembangan kepimpinan pelajar melalui program dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum

 

  1. Mewujudkan suasana kekeluargaan dan semangat kekitaan di kalangan pelajar, guru dan staf sokongan.

 

  1. Melahirkan pelajar yang berbudaya ilmu dengan minat membaca yang tinggi dan dapat melahirkan buah fikiran secara lisan dan tulisan dengan teratur, lancer, tepat dan berkesan.

 

  1. Menggunakan secara optima segala kemudahan yang ada ( di sekolah dan luar sekolah ) untuk memperkukuhkan lagi dasar / matlamat sekolah

 

  1. Mengamalkan budaya kerja cemerlang, efisien, bertanggungjawab, dedikasi, bersih, cekap dan amanah

 

graduation_w.gif

Budaya Ilmu Teras Kecermelangan

sekolahku.jpg

Jalan pintas ke ( sila klik ):
 

created & designed by: anniepetrus2005

homepage.gif

For advertisement or Link request in this web site

Untuk tujuan  pengiklanan atau Link melalui laman web ini

CLICK  HERE